Wednesday, May 17, 2017

PANTAI PASIR BOGAK

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : May 17, 2017 | Series :
PANTAI PASIR BOGAK


Pantai pasir bogak ialah sebuah dataran pantai yang indah dengan pasirnya yang memutih dan berlatar belakangkan hutan hujan yang menghijau. Terletak berhampiran Selat Melaka. Pantai Pasir Bogak ini terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km. 


Pantai ini sering menjadi tarikan pelancong untuk bermandi - manda serta melakukan pelbagai aktiviti sukan pantai seperti banana boat, berkayak, snorkling, mable, jetski,bola pantai dan pelbagai lagi. 


Pantai ini juga sesuai untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga seperti berkhemah, BBQ dan memancing.  Terdapat juga beberapa buah hotel/resort yang cantik dan boleh dijadikan penginapan. Antaranya ialah :
  • Coral Bay Resort
  • Puteri Bayu Beach Resort
  • Kejora Garden Resort
  • Sandy Beach Resort
  • Seaview Resort
  • Ceria Bogak Beach Camp
  • Uptown Beach Resort

Selain itu, terdapat juga tarikan lain iaitu replika Kapal HMS Pluto yang menjadi simbol Perjanjian Pangkor 1874 dan juga papan tanda besar yang tertera nama 'PULAU PANGKOR' yang terletak bersebelahan Arena Pangkor. Para pelancong boleh lah mengambil gambar disini untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Kemudahan lain yang disediakan ialah kedai cenderahati, kedai makan, kedai pakaian, arena dan juga sewa basikal. 


Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.

google+

linkedin