Wednesday, March 15, 2017

JETTY WING , LUMUT

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : March 15, 2017 | Series :
JETTY WING ( Dulu dikenali sebagai Dataran Lumut)



Jetty Wing adalah sebuah dataran yang terletak berhampiran dengan Terminal Jeti Lumut dan berhadapan dengan Hotel Indah. Jetty Wing dibina di pesisir pantai Lumut yang juga merupakan jalan utama yang telah dinaikkan taraf serta boleh berfungsi sebagai laluan perarakan dan perayaan. 


Selalunya, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan menggunakan laluan utama ini dan juga dataran Jetty Wing untuk perarakan Hari Tentera Laut pada setiap tahun.



Selain itu, dataran ini juga dijadikan tempat untuk beristirehat warga Daerah Manjung pada waktu malam dan hujung minggu. Kebiasaannya, akan ada kumpulan-kumpulan Busker yang akan membuat persembahan untuk menarik minat para pengunjung. Pelbagai jenis makanan yang dijual diatas food truck juga telah menjadikan Jetty Wing bertambah menarik pada setiap malam minggu. 
Satu lagi tarikan Dataran ini ialah penunjuk angin setinggi 8 meter.

Disini juga salah satu tempat menarik dengan pemandangan laut yang indah dan amat sesuai untuk merakamkan gambar perkahwinan disini.
Di samping itu, terdapat juga Bazar Rakyat yang terletak berhadapan dengan Jetty Wing .Pada yang sukakan membeli - belah anda boleh juga dapatkan pelbagai produk hasil laut yang murah di sini untuk dijadikan ole - ole.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin