Tuesday, November 27, 2018

Tokong Cina di Pasir Panjang - Persis seni bina di negeri China.

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : November 27, 2018 | Series :
INFO PELANCONGAN

Tokong Cina di Pasir Panjang - Persis seni bina di negeri China.

Tokong Cina atau dikenali sebagai Tua Pek Kong di Pasir Panjang, Perak ini merupakan salah satu tempat ikonik di Daerah Manjung yang menjadi tarikan pelancongan terutamanya pelancong berbangsa Cina beragama Buddha. Pelancong bangsa lain pun boleh pergi juga tiada masalah. Kita kan Multi-racial 😊


Tempat ini bukan sahaja terkenal sebagai tempat ibadat penganut Buddha, malah mempunyai landskap yang begitu unik & menarik sekali. Bangunan serta tembok sekelilingnya dibina berkonsepkan seni bina tamadun Cina seolah-olah membawa kita terbang ke negeri China.


Landskap yang unik ini menggabungkan replika istana purba tamadun Cina dan juga taman-taman maharaja zaman silam. Disini juga terdapat Taman Monyet yang menempatkan kehidupan liar dan berlatarbelakangkan paya bakau yang sangat indah.



Disini juga merupakan port popular bagi para 'photographer' untuk mengambil gambar permandangan yang indah dan juga sering dijadikan tempat 'Outdoor Shooting' raja sehari untuk mengabdikan momen-momen indah mereka.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti & Sosial

google+

linkedin