Monday, September 10, 2018

TEMPAT MAKAN YANG BEST DI MANJUNG - NO.4 WARISAN ROJAK MANJUNG

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : September 10, 2018 | Series :
WARISAN ROJAK MANJUNG makanan tradisi warga Manjung,Perak.



Restoran Warisan Rojak Manjung ini dulu dikenali sebagai Rojak Manjung dan setelah berpindah ke lokasi baru iaitu di hadapan pasar sitiawan, Rojak Manjung telah bertukar nama menjadi Restoran Warisan Rojak Manjung.



Restoran ini tetap diketuai oleh Bos Rojak Manjung yang dulu iaitu En. Kamarahizat. Selain daripada rojak, restoran ini juga menyediakan sarapan pagi dan juga makan tengahari. Antara menu sarapan pagi yang terdapat disini ialah nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, kueytiau goreng, mi rebus dan berbagai lagi. Makan tengahari pula, restoran ini menyediakan pelbagi jenis lauk-pauk nasi campur yang lazat dan menyelerakan.




Rojak pula boleh didapati dalam 4 jenis set iaitu set makan seorang, dua orang, tiga orang dan set makan empat orang. Pelbagai jenis variasi rencah yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing dan seterusnya dicampurkan menjadi 'Rojak'.





Restoran Warisan Rojak Manjung ini merupakan perniagaan keluarga yang telah diusahakan sejak sekian lama. Restoran ini juga bersedia menerima tempahan bagi majlis-majlis keraian.

Lokasi : Hadapan Pasar Awam Sitiawan, Pekan Tuak.
Waktu Operasi : Sabtu - Khamis (730am - 530pm).
Tutup : Jumaat.
Hubungi : 012-5640021. 


Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.

google+

linkedin