Tuesday, September 12, 2017

PEKAN PANGKOR

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : September 12, 2017 | Series :
PEKAN PANGKOR


Pekan Pangkor terletak berhampiran Terminal Jeti Pangkor. Untuk pengetahuan, terdapat dua laluan feri untuk sampai ke Jeti Pangkor iaitu melalui Jeti Marina Island dan Terminal Jeti Lumut. Di Jeti Pangkor, terdapat deretan kedai makan, hasil laut, pakaian, cenderahati dan tandas awan. Juga terdapat kemudahan sewa kereta, motor dan teksi untuk memudahkan pelancong bergerak ke destinasi masing-masing.



Di sepanjang laluan utama Pekan Pangkor, terdapat pelbagai kedai cenderahati, pakaian, hasil laut, bank-bank, cafe, 7- eleven dan lain-lain. Deretan kedai tersebut digabungkan dibawah satu bumbung yang membolehkan pelancong berlindung dari hujau ataupun panas. 

Selain itu, di Pekan Pangkor juga terdapat beberapa buah pejabat kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Manjung, Balai Bomba, Balai Polis, Masjid dan juga Klinik Kesihatan. Yang lebih menarik lagi, terdapat prasarana baru yang dibina iaitu Pasar Awam. Seni bina Pasar Awam ini amat menarik kerana orang awam boleh menaiki tangga untuk sampai ke atas bumbung pasar ini untuk melihat matahari terbenam. Pasar Awam ini menempatkan kedai makan dan juga barang-barang basah seperti ikan, ayam, santan dan lain-lain. 




Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung



google+

linkedin