Monday, November 20, 2017

AIR TERJUN ULU LICIN

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : November 20, 2017 | Series :
AIR TERJUN ULU LICIN


Lima kilometer dari Pekan Beruas, terdapat satu kawasan perkelahan yang dikenali sebagai Taman Eko-Rimba Ulu Licin, atau kepada penduduk di sekitar Beruas, sekadar Ulu Licin. Air terjun ulu licin terletak di dalam hutan simpan kekal Bubu dan terbahagi kepada 4 tingkat , tapi yang paling sesuai untuk seisi keluarga adalah bahagian tengah kerana aliran airnya tak terlampau deras. 


Air sungai berjeram yang jernih mengalir merupakan tarikan utama kepada pengunjung di kawasan hutan simpan kekal ini. Panorama alam yang indah dan menyenangkan di Ulu Licin sememangnya menjadikannya satu tempat yang berbaloi untuk dikunjungi.Untuk ke Ulu Licin, dinasihatkan menaiki kenderaan sendiri kerana perkhidmatan bas tidak disediakan ke kawasan hutan ini.


Tidak ramai yang sedar, kawasan perkelahan yang terkenal di kalangan penduduk setempat ini, sering kali menjadi tempat berlatih askar dan tentera termasuk pasukan komando bagi membiasakan diri dengan keadaan hutan yang tebal dan terasing.

Bagi penduduk di Beruas, ia adalah sesuatu yang normal untuk menyaksikan pasukan tentera memasuki Ulu Licin dan tidak keluar-keluar (atau mungkin keluar tanpa disedari penduduk). Kawasan ini juga dianggap keras dan mempunyai kisah mitosnya sendiri, malah ada yang mengaitkannya dengan keranda emas dan pelbagai kisah-kisah mistik orang bunian serta penunggunya.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini selain bermandi - manda dan beriadah ialah :-

• Jungle Tracking - laluan disediakan
• Camping
• BBQ

Sumber Blog www.suaraperak.com


BAHAGIAN PELANCONGAN ,

JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL ,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG .








google+

linkedin