Friday, July 13, 2018

LAKSA MEE PULAU PANGKOR

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : July 13, 2018 | Series :
PULAU PANGKOR telah menempah nama di persada dunia. Rata-rata pelancong sama ada daripada dalam ataupun luar negara sudah tahu tentang kecantikan dan keindahan pulau ketiga terbesar di Malaysia ini.

Disebalik persisir pantai yang bersih serta tempat-tempat bersejarah yang masih tidak terjejas keasliannya, terdapat beberapa makanan tradisi yang menjadi warisan penduduk disini. Dalam entri kali ini, kita akan meninjau keistimewaan salah satu makanan tradisi yang boleh didapati jika melancong ke Pulau Pangkor iaitu “LAKSAMEE PANGKOR”.


“Laksamee Pangkor” ini dihasilkan dengan beberapa bahan yang digabungkan di dalam satu pinggan seterusnya menjadi satu hidangan. Antara bahan-bahan yang penting ialah mee putih, kacang panjang , sambal dan sup ikan.



Kadangkala sup ikan juga boleh digantikan dengan sup ketam ataupun sup udang mengikut citarasa masing-masing. Oh yaa.. sambal pun boleh digantikan dengan sambal udang. Fuhh.. pasti memikat hati. Memang terangkat beb !
Memang tidak dinafikan, keenakan “Laksamee Pangkor” ini memang dapat dikagumi. Tambahan pula, Laksamee Pangkor ini amat sesuai jika dinikmati semasa berkelah di tepi pantai. Kena betul dengan citarasa si penggemar ‘seafood’.
Oleh itu, memang tidak lengkap jikalau tidak merasai keenakan menu warisan ini apabila melawat ke Pulau Pangkor. Seiring dengan popularitinya, Laksamee mudah didapati di gerai-gerai makanan yang ada disekitar Pulau Pangkor. Jika anda melawat ke sini, mintalah pemandu pelacong anda tunjukkan lokasi-lokasi ‘famous’ yang menyediakan “Laksamee Pangkor” ini.
Insha allah akan di senarai pendekkan lokasi-lokasi famous’ yang menyediakan “Laksamee Pangkor” dan juga resepi di entri seterusnya..
Sekian.
“Manjung Bandar Perlancongan & Maritim”


“Maju, Progresif, Makmur”

google+

linkedin