Wednesday, June 7, 2017

PULAU GIAM

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : June 07, 2017 | Series :
PULAU GIAM


 Pulau Giam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Nipah. Lokasinya terletak kira kira 10km dari Pekan Pangkor. Tiada jalan darat yang menghubungkan daratan ke pulau ini. Untuk ke lokasi, pelancong perlu menaiki bot yang disediakan di pesisir pantai teluk nipah dengan kadar bayaran yang tertentu mengikut jumlah penumpang.


Pulau Giam ini sememangnya menjadi tumpuan para pelancong kerana ia terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan halus, air laut yang jernih, ekosistem yang sihat dan terumbu karang yang belum terjejas. Pelbagai aktiviti yang sering dilakukan di pulau ini antaranya ialah:
  • snorkling
  • scuba diving
  • island hoping
  • beri ikan makan
  • kayak



Kepelbagaian eko sistem di Pulau Giam mampu menarik pelancong untuk melihat alam semulajadi yang begitu indah seperti pelbagai jenis dan warna ikan yang datang mengelilingi bot untuk aktiviti memberi ikan makan. Terumbu karang yang bermacam jenis juga dapat dilihat apabila melakukan aktiviti snorkling dan scuba diving. Hal ini sekaligus akan mendedahkan kita kepada keindahan flora dan fauna yang hidup di dasar laut.


Satu lagi tarikan yang paling menarik hati pelancong ialah beting pasir yang membentuk dataran akan timbul pada musim air surut. Kebiasaannya, fenomena ini akan terjadi pada musim Perayaan Tahun Baru Cina. Dataran pasir itu membentuk laluan yang boleh dilalui dari daratan pantai Teluk Nipah hingga ke Pulau Giam. Fenomena ini boleh dikatakan sebagai keajaiban alam. Memang tidak boleh disangkal lagi, jumlah pelancong yang ramai sanggup datang ke Pulau Pangkor hanya untuk melihat fenomeno laut terbelah ini. 


Bahagian Pelancongan 
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin