Tuesday, January 15, 2019

Kuliah Bikin Filem Dan simbolik penerbitan filem 'Nyanyi Kenangan'

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : January 15, 2019 | Series :

EXCO Pelancongan Negeri Perak, YB Tan Kar Hing sudi hadir ke Laman Karya, Lumut bagi merasmikan Kuliah Bikin Filem Dan simbolik penerbitan filem 'Nyanyi Kenangan'. Turut hadir bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Dato' Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En. Helmi Bin Ariffin, Ahli Majlis dan ramai lagi tetamu dari pelbagai latar belakang bagi memeriahkan lagi acara-acara kesenian dan pelancongan Di Bandar Lumut. Laman Karya merupakan satu usaha 'rebranding' kawasan yang dahulunya dikenali ramai dengan nama Bistro Lumut. Kini warga Manjung mempunyai peluang untuk menikmati juadah yang istimewa dan menyelerakan di samping merasai suasana yang santai, berbeza, damai dan juga 'catchy and funky'.


Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin