Wednesday, January 1, 2020

MASJID AL-BARD SERIBU SELAWAT PULAU PANGKOR

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : January 01, 2020 | Series :

 

Jika anda sampai ke Pulau Pangkor, singgahlah ke lokasi Masjid Seribu Selawat ini yang terletak di Kampung Teluk Gedong untuk melihat sendiri keunikan seni binanya yang mempunyai identiti tersendiri berkaitan unsur seni negeri Perak. Untuk makluman anda pembaca, Masjid Seribu Selawat ini sebenarnya mula dibina pada 7 Mac 2014 dengan kos bernilai RM11.7 juta dan siap sepenuhnya dalam bulan Oktober 2016.



Mesti anda semua tertanya-tanya tentang kenapa nama masjid ini diberi sebagai nama Masjid Al-Badr Seribu Selawat? Dari mana datangnya nama Seribu Selawat tersebut? Khas untuk makluman anda, hal ini adalah kerana dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat. Apa yang uniknya berkenaan dengan masjid ini lagi adalah kedudukannya dibina di atas air laut. Selain itu, ia turut mengetengahkan identiti negeri Perak yang tercinta pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya. Satu lagi fakta penting dan penting untuk tahu bahawa inilah masjid terapung pertama yang dibina di Perak.


Masjid Terapung Pertama Di Perak, Masjid Seribu Selawat Di Pulau Pangkor


Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi ia adalah satu monumen baru yang ditekankan dalam seni bina pembinaan masjid dan secara tidak langsung menyumbang kepada produk pelancongan di Pulau Pangkor. Masjid Al-Badr ini juga mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa. 

Jadi, jika anda sampai ke Pulau Pangkor, carilah peluang untuk menunaikan solat di Masjid Al-Badr Seribu Selawat ini dan nikmatilah keindahan dan keunikan seni bina masjid tersebut!

google+

linkedin