Saturday, August 22, 2020

PROGRAM KONVOI MERDEKA JELAJAH PERAK 2020 KELAB MOTOSIKAL SALAM TAIPING

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : August 22, 2020 | Series :
23 Ogos 2020 (Ahad) Bertempat di tempat letak kereta Teluk Batik telah berlangsung pelepasan "Konvoi Merdeka Jelajah Perak 2020". Peserta konvoi tersebut adalah ahli Kelab Motosikal Salam Taiping. Sebanyak 120 buah motosikal dan 64 buah kenderaan pacuan 4 roda terlibat dalam konvoi ini. Pusat Peranginan Teluk Batik telah menjadi destinasi pilihan peserta konvoi untuk dilawati.
Pada Jam 3.30 Petang, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md. Salleh telah melakukan pelepasan (Flag Off) peserta konvoi menuju destinasi seterusnya. Turut hadir bersama, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Encik Issamudin Bin Ibrahim.







google+

linkedin