Sunday, February 2, 2020

KOTA BELANDA PULAU PANGKOR

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : February 02, 2020 | Series :

Pulau Pangkor terdapat sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670. Kota Belanda ini terletak  kira-kira 100 meter dari pantai. Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Orang Belanda pada masa itu menamakan kubu ini sebagai Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor.



Tujuan lain pembinaan kubu ini adalah untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini dan dalam masa yang sama pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka.Berikutan serangan pahlawan-pahlawan Melayu pada tahun 1690, Kota belanda berjaya dibina semula dibawah kuasa Negeri Perak.




Kiranya, Kota Belanda ini memegang nilai yang penting dalam sejarah negeri Perak. Memang patut anda datang ke sini bersama keluarga untuk melihat sendiri peninggalan penuh sejarah ini dengan lebih dekat dan Kota Belanda juga mempunyai corak landskap yang menarik dan sesuai dijadikan tempat pengambaran.

google+

linkedin