Wednesday, December 30, 2020

LAWATAN SEJARAH KE DAERAH MANJUNG OLEH DR. RICHARD

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : December 30, 2020 | Series :

4 September 2020,Sedang berlangsung Lawatan Sejarah ke Daerah Manjung oleh Dr. Richard yang merupakan kenalan kepada Tuanku Sultan Perak yang sedang membuat kajian berkaitan sejarah di Perak. Turut mengiringi YDH Orang Besar Jajahan Manjung dan ketua bahagian pelancongan Encik Ismail Ibrahim dari Majlis Perbandaran Manjung. Lawatan ini diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

Antara tempat bersejarah yang dilawati adalah Muzium Settlement Sitiawan, mengelilingi Bandar Lumut, Kota Belanda di Pulau Pangkor dan Galeri Pangkor. Terdapat juga kawasan tumpuan pelancong yang telah dilawati iaitu Hornbill Feeding di Teluk Nipah dan Masjid Terapung Al-Badr@1000 Selawat di Teluk Bharu.









google+

linkedin