HASIL LAUT PAKSU, PULAU PANGKOR
Jika anda berkunjung ke Pulau
Pangkor, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke kilang Hasil Laut Paksu. Ia
merupakan satu-satunya kilang hasil laut yang diterajui oleh orang melayu.
Lokasinya terletak di Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor.
Teknik dan tahap
kebersihan yang diamalkan di kilang ini benar-benar mengagumkan. Ia menyediakan
alternatif bagi para penggemar sate ikan, sate sotong dan ikan bilis. Terutama
ia penting bagi yang mengutamakan penyediaan secara halal, bersih dan suci
apabila mempraktikkan teknologi Solar Termal.
Selain itu, Paksu
menggunakan
teknik memasak ikan/sotong secara salaian dari haba api gas dalam oven
tertutup dan mengering ikan/sotong dalam bilik pengeringan
menggunakan kaedah pengalih haba dari panel solar.
Kecanggihan proses ini
membuatkan hasil laut terhindar
dari pencemaran habuk,
lalat dan binatang-binatang
lain (seperti anjing atau kucing). Kilang paksu juga menggunakan sos buatan sendiri untuk satay
ikan dan sotong - yang pasti tiada campuran bahan-bahan kimia atau beralkohol.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.