Wednesday, February 15, 2017

TAMAN AWAM LUMUT WATER FRONT

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : February 15, 2017 | Series :



Taman Awam Lumut Water Front terletak di persisiran muara sungai Dinding dan bersebelahan dengan “Lumut Yacht Club”. Kawasan taman ini mempunyai panorama yang sungguh menarik kerana kedudukannya yang menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.


Konsep pembangunan taman awam persisiran pantai di Bandar Lumut adalah diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut. Taman awam ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia diadaptasikan kepada pergerakan pengunjung taman dengan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi yang disediakan.

Rekabentuk taman ini mempunyai kesinambungan dengan laut yang akan menjadi tarikan utama  kepada para pengunjung dan mengintegrasikan pembangunan di kawasan persekitaran dengan faktor semulajadinya.



Taman awam ini juga menerapkan unsur-unsur ilmiah di mana mendidik pengunjung untuk mengenali dan menghargai keindahan alam dan sekitarnya.



 Konsep landskapnya menggambarkan taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah.



Projek pembinaan taman awam ini dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana Pihak Majlis Perbandaran Manjung berperanan sebagai agensi pelaksana.


Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin