Monday, April 10, 2017

JAMBATAN RAJA PERMAISURI BAINUN

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : April 10, 2017 | Series :
JAMBATAN RAJA PERMAISURI BAINUN

  • Pada asalnya nama bagi jambatan ini ialah Jambatan Sg. Dinding tetapi dengan perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ia telah dinamakan Jambatan Raja Permaisuri Bainun.  Tujuan pembinaan jambatan ini adalah untuk membangunkan ekonomi kawasan utara Lumut disamping meningkatkan kemudahan rangkaian jalan raya.
  • Jambatan ini merupakan jambatan yang merentasi sungai yang terpanjang sekali di Malaysia.  Projek ini menelan kos RM194,681.155.00 dan telah siap sepenuhnya pada 31 Mac 2001 dan telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
  • Jambatan ini amat indah pada waktu malam minggu atau cuti umum kerana ia diterangi lampu-lampu yang berwarna-warni.  Diwaktu siangnya pula, anda pasti terpegun dengan keindahan latar belakang jambatan ini dan pasti anda terpesona menghayati keindahannya itu.
  • Jambatan sepanjang 1246 meter dengan 930 meter rentan ini memuatkan dua lorong jalan selebar 3.5 meter serta bahu jalan berturap selebar 2.5 meter.
  •  Jambatan ini terletak di pertengahan jalan Lumut dan Pantai Remis.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin