TAMAN PAYA BAKAU
- Taman Paya Bakau terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada tahun Januari 1995. Ia mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau.
- Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk beristirehat atau untuk tujuan memancing. Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan semula jadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung