PANTAI TELUK KETAPANG
Sebuah dataran pantai yang terletak 5 km dari pekan Pangkor. Lebih kurang 10 minit dari Jeti Pangkot. Pantai Teluk
Ketapang merupakan satu lagi destinasi
menarik kerana pemandanganya yang indah lebih-lebih lagi pada waktu senja kerana kita boleh melihat fenomena matahari terbenam. Terdapat satu menara untuk melihat permandangan secara menyeluruh di kawasan ini. Sememangnya tersangat cantik permandangan disini.
Di kawasan ini hanyalah terdapat pantai berpasir yang cantik dan bersih. Tidak digalakkan untuk bermandi-manda kerana kawasannya yang sunyi dan tiada pengawal pantai. Disini juga tiada hotel dan kemudahan awam yang disediakan.
Teluk ketapang juga terdapat sebuah jeti dan sering menjadi tumpuan para pemancing kerana kawasannya yang strategik untuk mencandat sotong di penghujung jeti tersebut. Teluk ketapang
juga merupakan kawasan persinggahan penyu bertelur pada musim-musim tertentu. Selain itu
pantai ini juga dikenali sebagai Teluk
Penyu oleh masyarakat sekitar.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung