PANTAI TELUK NIPAH
Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. Ia mempunyai pemandangan laut yang cantik dan dihampari pantai yang bersih dan cantik. Teluk Nipah mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 10 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Ia terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah. Terdapat juga sebuah tokong cina yang menjadi tumpuan umum di kawasan ini.
Dengan keindahan alam semula jadi ia amat sesuai
untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan
kota. Seperti juga Pantai Pasir Bogak ia
juga amat terkenal dengan air yang jernih
dan batu karang berwarna warni. Selain
itu ia juga terkenal dengan spesis gamat (sea cucumber).
· Pantai Teluk
Nipah lebih meriah berbanding Pantai Basir Bogak. Disini terdapat lebih banyak
kemudahan seperti gerai makan, gerai cenderahati, hotel, chalet, tandas awan, aktiviti
sukan pantai dan pelbagai lagi. Lokasi terletak 2 km selepas pantai pasir bogak
Antara hotel/chalet yang terdapat di Teluk Nipah ialah:
- Anjungan Beach Resort
- Vagary Pangkor Island
- Horizon Inn
- Hornbill Resort
- MNY Hotel
- Pangkor Palm Bay Resort
- Nipah Guest House
- Palma Beach Resort
- Pangkor Bay View
- Purnama Beach Resort
- Joe Fisherman Inn
- Raudhah Camp
Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung