Wednesday, August 9, 2017

FOO LIN KONG

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : August 09, 2017 | Series :
FOO LIN KONG

Foo Lin Kong dahulunya adalah sebuah tokong dan ianya telah diubahsuai menjadi sebuah taman yang indah. Di perkarangan taman tersebut dihiasi dengan landskap yang menarik seperti “Mini Tembok Besar China”, kolam ikan, dimana ia mengandungi berbagai jenis ikan.
Terdapat juga taman permainan kanak-kanak. 




Terletak di kaki Bukit Pangkor, berdekatan Kampung Sungai Pinang Besar, Tokong Fu Lin Kong ialah tokong Taois, agama yang mengikuti ajaran ahli falsafah tersohor Cina, Lao Tze. Tokong ini dikatakan tokong terbesar yang boleh dijumpai di Pulau Pangkor. 


Terdapat perkhidmatan teksi pelancong yang membawa para pengunjung untuk ke lokasi ini dan juga mengelilingi Pulau Pangkor. Teksi tersebut dapat memuatkan seramai 10 penumpang pada setiap perjalanan.


Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung


google+

linkedin