Monday, August 7, 2017

PANGKOR LAUT RESORT

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : August 07, 2017 | Series :
PANGKOR LAUT RESORT

Pangkor Laut adalah umpama Pulau Impian ( Fantasy Island ) Malaysia dan di sinilah terdapatnya Pangkor Laut Resort, satu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.                                                                           
Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu, Emerald Bay yang sesuai untuk mandi manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach syurga untuk aktiviti “scuba diving” yang membolehkan kita menikmati keindahan panorama terumbu karang dan hidupan air serta Royal Bay, bagi penggemar-peggemar aktiviti-aktiviti belayar dan meluncur angin.




Pengunjung juga boleh menikmati keseronokan aktiviti “snorkeling”ataupun “scuba diving” di pantai Coral Beach yang dipenuhi barisan terumbu karang yagn terindah di dunia serta hidupan air yang berwarna-warni.  Pengembaraan bot juga disediakan untuk ke pantai Emerland Bay, mandi mandalah sepuas hati atau hanya sekadar bermalas-malasan di bawah sinaran cahaya matahari.

Selain itu, Pangkor Laut Resort juga menyediakan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi segala kemudahan untuk rekreasi, sukan air, gimnasium dan sebuah disko untuk bersuka-ria melepaskan penat dan lelah.



Bahagian Perlancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung


google+

linkedin