Wednesday, October 18, 2017

GALERI PANGKOR

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : October 18, 2017 | Series :
GALERI PANGKOR


Penglibatan Pangkor dalam satu perjanjian yang memulakan imperialisme British di Tanah Melayu, telah ditandatangani di sebuah kapal yang berlabuh di belakang galeri ini.
Galeri ini terletak di tapak sekolah Melayu yang tertua di Perak, yang dibina pada tahun 1901. Guru besarnya yang pertama iaitu Agus Mahadi dari Sekolah Bebas Pulau Pinang dan mengajar penduduk temapatan tulisan Melayu rumi. Beliau adalah menantu kepada Penghulu Nordin, ketua tradisional terakhir Dinding sebelum wilayah itu diserahkan kepada British. Sejak itu bangunan asal sekolah itu telah dirobohkan untuk membuat jalan ke Galeri Pangkor, barang-barang bersejarah dan peninggalan telah didermakan oleh penduduk Pangkor.

Galeri Pulau Pangkor telah dibuka pada 1 Ogos 2010 yang menempatkan pelbagai khazanah dan tinggalan sejarah Pulau Pangkor. Antaranya ialah 
  • Meja Perjanjian Pangkor
  • Salinan Watikah Permasyuran Perjanjian Pangkor
  • Salinan Syarat-syarat Perjanjian Pangkor
  • Lampu Kapal HMS Pluto
  • Perkakas Dapur Lama
  • Peralatan Tradiasonal Menangkap Ikan
  • Perahu lama




Sumber laman sesawang facebook ; Cerita Pangkor

Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin