Wednesday, October 18, 2017

MUZIUM BERUAS

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : October 18, 2017 | Series :
MUZIUM BERUAS


Pada 25 November - 25 Disember 1991, sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian tentang kewujudan Kerajaan Gangga Negara.



Maksud Gangga Negara ialah dipercayai merupakan kerajaan Melayu - Hindu lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di Negeri Perak. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola -I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026

Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Artifak yang ditemui oleh orang kampung telah dikaji semula. Beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui. Artifak-artifak ini disimpan oleh Muzium Negara. Pihak Jabatan Muzium merasakan kesemua penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium yang dinamakan Muzium Beruas, sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.





Bangunan Mahkamah Beruas diubahsuai untuk dijadikan Muzium Beruas. Asalnya pejabat KEMAS kawasan Beruas. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 telah membiayai Muzium Beruas.


Pada 23 Mei 1995, Muzium Beruas diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Kerajaan Perak. Julai 1995 menteri besar Perak Darul Ridzuan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib merasmikan Muzium Beruas dan telah dibuka kepada orang ramai.

Sumber laman sesawang :wikipedia


Bahagian Perlancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin