Thursday, September 6, 2018

TEMPAT MAKAN YANG BEST DI MANJUNG - NO.2 DADDY'S CAFE'

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : September 06, 2018 | Series :
DADDY'S CAFE' romantiskan percutian anda..



Daddy's Cafe merupakan sebuah restoran yang terletak di pesisir pantai Teluk Nipah. Restoran ini berkonsepkan Restoran Barat dengan permandangan yang begitu indah, tambah-tambah pula pada waktu senja.




Pelbagai jenis menu disediakan disini terdiri daripada makanan laut serta makanan barat. Memang tak dapat dinafikan masakan di Restoran ini kesemuanya enak belaka.



Sepanjang operasinya, belum pernah lagi Daddy's Cafe menerima komen negatif dari pelanggannya. Pelanggan yang pernah makan disini sering memuji kelazatan makanan yang disajikan. Makanan laut yang disajikan semua segar-segar begitu juga layanan kelas pertama yang diberikan di Restoran Daddy's Cafe ini.

Lokasi : Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Masa Operasi : Setiap hari (11am - 11pm)

Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin