Sunday, September 9, 2018

TEMPAT MAKAN YANG BEST DI MANJUNG - NO.3 RESTORAN D'WARISAN

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : September 09, 2018 | Series :
RESTORAN D'WARISAN tarikan di Teluk Batik..


Restoran D'Warisan berkonsepkan restoran layan diri yang terletak di jalan menghala ke Pantai Teluk Batik,Lumut. Restoran ini mempunyai keluasan yang boleh menempatkan seramai 200 orang. 


Anda boleh menikmati juadah tengahari dengan pelbagai jenis lauk-pauk masakan kampung yang semestinya enak dan menepati selera orang tempatan. Kira-kira lebih dari 30 jenis masakan yang dihidangkan setiap hari.




D'Warisan juga mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu anda boleh menambah air secara percuma. Kemudahan asas seperti tandas dan surau juga turut disediakan disini.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin