Sunday, November 4, 2018

IWAN GRILL PLACE

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : November 04, 2018 | Series :
INFO PELANCONGAN
Restoran “Iwan Grill Place” port makanan western yang sedap di Manjung.
Iwan Grill Place kini beroperasi di lokasi baru terletak di bawah Lee Garden Hotel berhadapan dengan The Villages Steamboat Buffet dan berdekatan dengan Kamdar dan Maybank Seri Manjung.

Iwan Grill Place ini menyajikan hidangan barat seperti Lobster, Steak, Pasta, Ayam Peri-peri dan juga Pizza. Disamping itu, restoran ini juga menyajikan hidangan asia seperti pelbagai pilihan nasi goreng.



Berita baik juga kepada peminat Lobster sebab dengar cerita Lobster dekat Iwan Grill Place ni sangat sedap dan fresh. Iwan Grill Place ni boleh dikatakan syurga untuk orang yang nak diet sebab portion disini semuanya healthy food.

So, jangan lupa singgah ke Iwan Grill Place jika anda melawat ke Manjung.

Facebook: https://www.facebook.com/pages/category/Barbecue-Restaurant/Iwan-Grill-PlaceManjung-1463659870564823/
Masa Operasi: 4.30 petang – 11.59 malam
No telefon: 012-528 8794

Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin