Thursday, November 8, 2018

PENEMUAN SERAMIK/TEMBIKAR PURBA DARI CHINA DI BERUAS

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : November 08, 2018 | Series :
INFO PELANCONGAN

PENEMUAN SERAMIK/TEMBIKAR PURBA DARI CHINA DI BERUAS.



Berdasarkan maklumat yang diperolehi, beberapa bentuk seramik/tembikar purba ini dipercayai berasal dari China dan dijumpai tertanam di beberapa kawasan sekitar Beruas. Menurut sumber yang boleh dipercayai, beberapa bentuk seramik purba ini dijumpai semasa aktiviti carigali arkeologi di kawasan sekitar Beruas dan ada juga yang disumbangkan oleh orang tempatan.

Menurut ahli arkeologi, seramik purba ini ,merupakan bukti adanya aktiviti atau hubungan perdagangan maritim antara China dan Beruas. Walau bagaimanapun, kesahihannya masih belum terjawab. 

Bagi memastikan khazanah yang tidak ternilai itu terus dipulihara, pihak Muzium Negara telah mengambil langkah dengan menubuhkan Muzium Beruas bagi menempatkan pelbagai artifak yang ditemui di sekitar pekan itu.

Sumber : Utusan Online

BAHAGIAN PELANCONGAN
JABATAN PEMBANGUNAN DAN KOMUNITI SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG



google+

linkedin