INFO PELANCONGAN
Seperti yang kita tahu, Muzium Beruas merupakan muzium yang mengumpul dan menyimpan artifak-artifak Melayu Purba dan dipercayai tinggalan dari zaman “Kerajaan Melayu Beruas” dan “Kerajaan Gangga Negara” namun berdasarkan kajian, kesahihannya masih diragui.
Jom kita lihat apa yang menarik di Muzium Beruas ini?
PENEMUAN MERIAM TEMBAGA DI SUNGAI BERUAS
Sepucuk meriam tembaga seberat 128 kilogram yang diperolehi dari Kampung Pulau Meranti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung ketik kerja-kerja pembersihan untuk mendalamkan Sungai Beruas pada 1986.
Penemuan ini merupakan bukti bahawa Beruas suatu ketika dahulu pernah berlaku peperangan dan sudahpun menggunakan senjata api yang canggih. Sudah pasti khazanah yang bernilai ini wajib kita pelihara dan dijaga rapi untuk tatapan generasi akan datang.

Muzium Beruas dibuka kepada orang ramai secara percuma setiap hari mulai 9.30 pagi hingga 5 petang termasuk pada setiap Sabtu dan Ahad bagi memberi peluang kepada pengunjung dari negeri berhampiran untuk melihat bahan bersejarah yang dipamerkan di situ. Moh kita ke Beruas!
BAHAGIAN PELANCONGAN
JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG