Wednesday, March 6, 2019

Ikan bilis mata biru

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : March 06, 2019 | Series :
INFO PELANCONGAN


Ikan bilis mata biru merupakan salah satu produk hasil laut yang terkenal dari Pulau Pangkor. Ikan bilis mata biru terkenal kerana rasanya yang rangup , tidak masin dan tidak liat seperti ikan bilis yang lain dan ia merupakan produk tempatan dari Pulau Pangkor. Harga ikan bilis mata biru agak mahal berbanding yang lain iaitu antara RM54 hingga RM85 sekilogram dan ada yang mencecah ratusan ringgit sekilo kerana kualitinya , dan akan berubah - ubah mengikut harga pasaran. Ikan bilis mata biru yang telah kering , enak di goreng begitu saja atau dibuat sambal manakala yang masih hidup atau basah sesuai dibuat cucur ikan bilis mata biru yang merupakan makanan penduduk tempatan.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pemb. Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin