Monday, March 4, 2019

Seterika tradisional

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : March 04, 2019 | Series :
INFO PELANCONGAN


Seterika tradisional @ dikenali seterika arang lama yang digunakan pada zaman dahulu,sebelum adanya bekalan elektrik di rumah-rumah terutama di kawasan kampung. Cara alternatif menghilangkan kedutan pakaian salah satunya alat biasa digunakan adalah seterika arang mengunakan bahan bakar iaitu arang sebagai pemanas seterika tersebut. Seterika arang lama juga diperbuat daripada tembaga mempunyai saiz yang agak besar dan tinggi. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pemegang yang agak selesa bagi kegunaan menggosok pakaian dan pada bahagian atasnya ada penutup yang berfungsi sebagai tempat meletakkan arang kayu. Arang kayu yang hendak digunakan perlu dibakar terlebih dahulu sehingga merah membara,selepas itu dimasukkan kedalam seterika tersebut kemudian ditekapkan ke atas daun pisang terlebih dahulu bagi mengawal tahap kepanasan sblm mengosok pakaian. Jika seterika berkurangan panasnya,ia akn digantikan dgn bara api yg baru. Arang perlu dibuang @ dikeluarkan daripada seterika apabila urusan mengosok pakaian telah selesai
Sumber artifak & gambar : Galeri Pangkor
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin