Wednesday, March 13, 2019

SUMPIT

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : March 13, 2019 | Series :
INFO PELANCONGAN
SUMPIT

No photo description available.
Sumpit merupakan senjata tradisional yang digunakan khas untuk memburu binatang dan juga digunakan dalam pertempuran pada zaman dahulu.
Sumpit juga dikategorikan sebagai senjata jarak jauh yang mempunyai kelebihan menyumpit sejauh 200 meter. Cara penggunaan sumpit adalah penyumpit perlu meniup dengan kuat. Selain itu, Sumpit diperbuat daripada tulang binatang dan pokok. Untuk menghasilkan sumpit, seseorang itu memerlukan kesabaran, ketelitian dan ketekunan yang sangat tinggi.
Selain daripada senjata tradisional, ia juga simbolik kepada asal-usul ketuanan Melayu yang wajib kita banggakan. Jadi, tidak hairanlah jika pada hari ini Sumpit telah diiktiraf sebagai senjata tradisional warisan yang perlu diperkenalkan kepada generasi kini.
Sumber Artifak : Galeri Pangkor
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pemb. Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin