CUCUR IKAN BILIS BASAH PULAU PANGKOR
Selain “Laksamee”, Cucur ikan bilis basah juga sangat popular dalam kalangan orang tempatan di Pulau Pangkor. Kesegaran Ikan bilis basah yang baru pulang dari laut seringkali menjadi pilihan utama penduduk untuk dibuat cucur.
Cucurnya yang rangup dan rasa ikan yang masih segar sangat enak disajikan panas-panas bersama dengan cili sos. Pastinya menambat selera sesiapa yang menikmatinya sambil perkena `teh o panas’ di petang hari.
Cucur ikan bilis boleh juga digantikan dengan isi ikan.
Kepada sesiapa yang nak cuba, boleh ikuti resipi ringkas ini mengikut citarasa masing-masing.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- T.gandum
- Kucai
- Taugeh
- Telor
- Cili merah potong
- Kunyit
- Garam
- Air suam
Cara-cara:
- Campur semua bahan dan gaul sampai sebati.
- Kemudian, masuk kan ikan bilis basah / isi ikan
- Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.
- Goreng dalam minyak yang panas.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung