Tuesday, August 28, 2018

TEMPAT MAKAN YANG BEST DI MANJUNG - NO 1. WARUNG MANSHOR

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : August 28, 2018 | Series :
WARUNG MANSHOR Tarikan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.



Pantai Teluk Nipah merupakan tumpuan utama para pelancong jika datang ke Pulau Pangkor, Perak. Untuk pengetahun, terdapat sebuah warung makan yang sudah lama menapak di Teluk Nipah dan sering menjadi pilihan untuk makan pagi iaitu Warung Manshor. 



Warung ini menyediakan makanan 'Malaysian Delight' dan menu-menu lain dengan harga yang berpatutan. Menu yang sering menjadi kegemaran para pelancong adalah Nasi Lemak. 



Yang menariknya, lokasi warung ini betul-betul bertentangan dengan permandangan laut yang luas terbentang tentunya mengujakan sesiapa yang makan disini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati makan pagi jika melancong ke Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin