Monday, August 27, 2018

KRAFTANGAN IKAN BUNTAL DI PULAU PANGKOR

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : August 27, 2018 | Series :
KRAFTANGAN IKAN BUNTAL DI PULAU PANGKOR


Kraftangan Ikan Buntal merupakan salah satu produk yang unik yang boleh didapati di Pulau Pangkor. Keunikan bentuk fizikalnya yang berduri tajam mampu menarik minat pencinta kraftangan eksotik. Antara produk yang dapat dihasilakan ialah Topi, Lampu, Tabung, Sarung Pisau, Jam Dinding dan pelbagai lagi.



Proses penghasilannya yang sukar kerana ianya terkandung racun neurotoxin berbahaya yang mampu menyerang urat saraf membuatkan harganya mungkin boleh mencecah ratusan ringgit mengikut saiz ikan.


Terdapat seorang penduduk tempatan yang aktif dalam penghasilan ikan buntal iaitu Encik Mohd Arshad atau dikenali sebagai Alang Ikan Buntal. Jika anda melancong ke Pulau Pangkor, jangan lupa untuk singgah di kedai Alang yang terletak di Kota Belanda,Pulau Pangkor untuk melihat pelbagai kraftangan berasaskan ikan buntal.


Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin