Friday, August 17, 2018

RESTORAN D'HASNAH CORNER , PULAU PANGKOR.

Post oleh : Tourism Manjung | Rilis : August 17, 2018 | Series :

RESTORAN HASNAH CORNER - Syurga masakan kampung.


Restoran Hasnah Corner yang terletak di Pulau Pangkor merupakan restoran yang menyediakan pelbagai lauk-pauk masakan kampung. Lebih kurang 20 jenis masakan yang disediakan setiap hari. 




Antara lauk-pauk yang ‘famous’ di sini ialah Kari Kepala Ikan, Paru Berlada, Cencaru Sumbat, Pari Bakar dan pelbagai lagi.


Restoran ini juga pernah dilawati oleh program reality TV terkemuka iaitu ‘Jalan-jalan Cari Makan’. Lokasinya yang strategik iaitu terletak di sebelah kiri jalan besar menuju ke Pantai Pasir Bogak memudahkan para pelancongan berkunjung ke sini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk makan tengah hari disini jika anda melancong ke Pulau Pangkor.

Masa operasi: 11 Pagi – 3 Petang
Tutup : Hari Ahad

Bahagian Pelancongan
Jabatan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

google+

linkedin